Rabu, 7 April 2010


ISU DAN CABARAN
Pembangunan Infrastruktur ICT

 Sekolah yang masih tidak mempunyai bekalan elektrik menjejaskan pembekalan kemudahan ICT dalam pengurusan dan pentadbiran serta P&P. Kebanyakan sekolah rendah
hanya dibekalkan dengan elektrik satu fasa. Untuk kegunaan makmal komputer, bekalan elektrik perlu dinaik taraf kepada tiga fasa. Adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk
menyediakan bekalan elektrik tiga fasa kepada sekolah bagi membolehkan pelaksanaan ICT sepenuhnya.

 Makmal komputer yang sedia ada tidak dapat menampung keperluan sebagai makmal komputer mata pelajaran elektif. Sebuah makmal komputer hanya dapat menampung
keperluan untuk lima kelas sahaja kerana setiap mata pelajaran berasaskan ICT memerlukan empat hingga lima waktu mengajar seminggu. Adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk menambah bilangan makmal komputer di semua sekolah menengah bagi menentukan mata pelajaran elektif ICT dapat ditawarkan.

 Pembekalan komputer notebook kepada guru dan pensyarah untuk kegunaan P&Pmasih tidak mencukupi. Hanya sebilangan kecil guru dan pensyarah yang memperoleh
kemudahan tersebut melalui projek atau sumbangan tertentu. Untuk meningkatkan mutu P&P, KPM akan membekalkan komputer kepada guru dengan nisbah 1:10 bagi tahun
2002-2003. Nisbah ini akan meningkat kepada 1:5 pada tahun 2004-2005 manakala pada tahun-tahun 2006-2010, nisbah komputer berbanding guru adalah 1:1.

 Walaupun perancangan telah dibuat, perkakasan komputer yang dibekalkan kepada Jabatan/Bahagian masih tidak mencukupi bagi memenuhi keperluan personel KPMdisebabkan kekangan peruntukan kewangan. Di samping itu, kebanyakan komputer yang dibekalkan adalah model berkapasiti rendah dan tidak dirangkaikan kepada kemudahan internet sedangkan keperluan untuk kemudahan ini semakin meningkat atas desakan tugas,
keperluan komunikasi, dan memenuhi cabaran merealisasikan e-kerajaan. Sebagai contoh,pada masa kini, pembekalan komputer dengan nisbah 1:1 bagi para pegawai Kumpulan
Pengurusan dan Profesional (Gred 3 dan ke atas) masih belum mencapai sasarannya. Adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk menyediakan perkakasan komputer yang
terkini dan mencukupi kepada semua peringkat pengurusan KPM ke arah mengukuhkan infrastruktur ICT dalam pendidikan.

RUMUSAN

KPM akan terus membangunkan ICT dalam pendidikan ke arah meningkatkan kecekapan dan keberkesanan P&P serta pengurusan sistem pendidikan negara. Perancangan pembangunan ICT dibuat secara menyeluruh dan bersepadu pada semua peringkat
organisasi pendidikan bagi membantu merealisasikan matlamat melahirkan warganegara yang seimbang dari segi rohani dan jasmani, berpengetahuan dan berkemahiran menggunakan ICT serta boleh bersaing dengan dunia luar. Usaha yang dirancang adalah
untuk membudayakan ICT pada semua peringkat organisasi pendidikan.

2 ulasan:

  1. Isu dan cabaran dalam pembangunan ICT di Malaysia memang perlu diatasi dengan segera sekiranya mahu mencapai objektif dan matlamat yang ditetapkan oleh pihak KPM.

    BalasPadam
  2. Semua peringkat organisasi pendidikan HARUS membudayakan penggunaan ICT.

    BalasPadam

CUTI SEMESTER 13-03-2010 HINGGA 21-03-2010

MANAFAATKAN CUTI DENGAN BAIK.RANTAUILAH DUNIA UNTUK MENAMBAH ILMU.JANGAN-JANGAN ASYIK BUAT ASSIGMENT SAHAJA.NAK BUAT MACAM MANA LAGI;KENA MASUK PADA 12/04/2010.tAK LAMA LAGI................!!!!!!!!!????????

SYURGA BUMI

SENTIASA AMAN DAN MAKMUR
Powered By Blogger

Halaman

Powered By Blogger

SJK(T)LADANG BIKAM

Selamat datang.Kami sentiasa menanti kunjungan anda .Berilah sokongan penuh kepada warga pendidik.Didiklah anak anda dengan sempurna.Tuhan sentiasa berkat pada insan setia

apakah perasaan anda dalam semester 6?

Pengikut

Mengenai Saya

Foto saya
Bidor, Perak, Malaysia
Nama:annamary Berasal dari Tapah,Perak. Kohort