Selasa, 20 April 2010

TEKNOLOGI TANPA WAYAR

Setiap detik, teknologi terkini dicipta untuk memudahkan cara kerja yang bermanfaat bagi manusia sejagat dalam pelbagai bidang termasuk teknologi maklumat, perubatan, pengangkutan, dan infrastruktur tenaga. Salah satu teknologi inovasi yang telah mengubah cara hidup dan komunikasi manusia ialah teknologi tanpa wayar.
Teknologi Tanpa Wayar
Perkhidmatan tanpa wayar adalah perkembangan terkini teknologi dalam era baru telekomunikasi. Begitupun, teknologi tanpa wayar ini telah bermula seabad yang lalu apabila Guglielmo Marconi melakar sejarah dalam teknologi tanpa wayar. Beliau dapat menghantar dan menerima gelombang radio merentasi jarak jauh.
Teknologi tanpa wayar terus berkembang dan merupakan teknologi yang sangat bermanfaat untuk tentera bagi menghantar arahan atau signal rahsia.
Tanpa wayar terbukti sangat berguna sebagai medium komunikasi dalam pelbagai bidang termasuk perniagaan dan pendidikan. Ramai yang telah bertukar daripada rangkaian setempat (LAN) berwayar kepada LAN tanpa wayar. LAN tanpa wayar (WLAN) pertama digunakan pada 1971 apabila teknologi rangkaian bertemu komunikasi radio di Universiti Hawaii dalam projek ALOHNET. WLAN ini membolehkan komunikasi antara pulau-pulau di Hawaii.
Rangkaian Tanpa Wayar
Dalam tahun 1980an, Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) mencadangkan 802.11 sebagai piawai rangkaian tanpa wayar IEEE. Matlamat 802.11 ialah untuk mempiawaikan perkembangan rangkaian tanpa wayar dalam jalur frekuensi yang digunakan dalam pelbagai bidang industri, sains dan perubatan. Jalur ini termasuklah bagi frekuensi 902-928 MHz, 2400-2483.5 MHz dan 5725-5850 MHz yang tidak memerlukan lesen selagi peralatan yang digunakan memenuhi peraturan FCC.

1 ulasan:

  1. Hello Annamary,Saya amat setuju dengan artikel tersebut.Teknologi tanpa wayar terus berkembang dan merupakan teknologi yang sangat bermanfaat untuk tentera bagi menghantar arahan atau signal rahsia.Tanpa wayar terbukti sangat berguna sebagai medium komunikasi dalam pelbagai bidang termasuk perniagaan dan pendidikan. Syabas, aktifkan lagi blog Maryann. TQ.

    BalasPadam

CUTI SEMESTER 13-03-2010 HINGGA 21-03-2010

MANAFAATKAN CUTI DENGAN BAIK.RANTAUILAH DUNIA UNTUK MENAMBAH ILMU.JANGAN-JANGAN ASYIK BUAT ASSIGMENT SAHAJA.NAK BUAT MACAM MANA LAGI;KENA MASUK PADA 12/04/2010.tAK LAMA LAGI................!!!!!!!!!????????

SYURGA BUMI

SENTIASA AMAN DAN MAKMUR
Powered By Blogger

Halaman

Powered By Blogger

SJK(T)LADANG BIKAM

Selamat datang.Kami sentiasa menanti kunjungan anda .Berilah sokongan penuh kepada warga pendidik.Didiklah anak anda dengan sempurna.Tuhan sentiasa berkat pada insan setia

apakah perasaan anda dalam semester 6?

Pengikut

Mengenai Saya

Foto saya
Bidor, Perak, Malaysia
Nama:annamary Berasal dari Tapah,Perak. Kohort